Jumaat, 9 November 2012

RINDU DARI JARAK JAUH ..



            
Bagai burung..
Aku slalu terbang tanpa arah.
Tiada tujuan tuk lepaskan lelah kepakan sayapku.
Hingga kutemukan sarang dihatimu.
Yang mampu labuhkan terbang hayalku.
Menjadi tempat terindah untuk ku hinggapi.
Dan mencoba tepiskan keraguan dihatiku...

Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
  • Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
  • Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
  • Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”

                

SAHABAT SEJATI

KONGSIKAN!

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-


Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
7 Cara Bersahabat Kerana Allah...

Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui,tetapi berapa ramai daripada rakan kita yang sanggup menemani dan membantu disaat kita menghadapi kesusahan dan berhadapan masalah.

Pasti tidak ramai bukan! Sejujurnya bukan senang hendak mencari sahabat yang sejati.

Berikut ada beberapa tip sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

♥Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hadis Riwayat Abu Daud)

♥Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap hamba Muslim yang mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya."(HR Muslim)

♥Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu meremahkan kebajikan sedikit pun,sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."(HR Muslim)

♥Segera bersalaman ketika berjumpa
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."(HR Abu Daud)

♥Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu menziarahi sesekali,nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

♥Memberi hadiah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."(HR Thabrani)

♥Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang berjalan umtuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."(HR Hakim)

                                           sahabat saya dunia dan akhirat ..

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.."

Selasa, 6 November 2012

ERTI KECANTIKKAN.....

CANTIK itu SUBJEKTIF . Jika pandangan seseorang, kita adalah CANTIK, itu merupakan BONUS baginya :') Namun, KECANTIKAN itu adalah LEBIH ELOK jika BUKAN DIDASARKAN RUPA PARAS semata-mata bahkan BUDI PEKERTI juga diambilkira. Itu baru DINAMAKAN CANTIK LUAR, CANTIK DALAM ^___^

Photo: CANTIK itu SUBJEKTIF . Jika pandangan seseorang, kita adalah CANTIK, itu merupakan BONUS baginya :') Namun, KECANTIKAN itu adalah LEBIH ELOK jika BUKAN DIDASARKAN RUPA PARAS semata-mata bahkan BUDI PEKERTI juga diambilkira. Itu baru DINAMAKAN CANTIK LUAR, CANTIK DALAM ^___^ 
Bismillahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya kecantikan sejati bersumber dari hati...
Lisan yang selalu terjaga dari bertutur kata yang tiada berguna...

Hati yang selalu bertaut pada_Nya...
Dan Indahnya pergaulan dengan sesama...
Semua itu adalah buah dari kesungguhannya menata diri tuk menggapai ridha ILLAHI...

Bersahabat kerana Harta dan Tahta tak kan abadi selamanya...
Bersahabat kerana Hati Insya Allah akan abadi...

Sesungguhnya langgengnya persahabatan bukan di ukur seberapa besar kita saling memberi materi namun bagaimana bisa saling peduli dan menjaga hati untuk tidak saling menyakiti.